Sistem Maklumat Alumni
eALUMNI
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan input dari Bekas Pelajar UniMAP (Alumni) berkaitan maklumat kerjaya mereka setelah bergraduat. Maklumat ini amat penting untuk menilai tahap kebolehpasaran graduan UniMAP setelah bergraduat dari UniMAP.

Sistem ini juga telah dijadikan platform kepada Unit Alumni di Jabatan HEPA untuk membuat tinjauan di kalangan alumni berhubung persepsi alumni tentang usaha untuk mengekalkan jaringan yang baik antara alumni dan pihak universiti.

Di samping itu, sistem ini juga dapat membantu mengekalkan hubungan yang berpanjangan dengan alumni kerana akses kepada alumni untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat peribadi mereka dibuka sepanjang masa.